Wednesday, June 2, 2021

7 khasiat biji ketumbar

 Berikut adalah 7 khasiat biji ketumbar.

1. Kecantikan kulit

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan di Universiti California, biniaj ketumbar amat berkesan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti ekzema, kegatalan kulit, kemerahan atau keradangan kulit. Ini kerana biji ketumbar mempunya kesan antiseptik yang baik. Ia juga menyembuhkan luka atau ulcer pada mulut. Biji ketumbar mempunyai asid lenolik yang mempunyai kesan mengurangkan kesakitan akibat keradangan.

2. Membantu pesakit kencing manis

Sesetengah pengamal purba menyatakan pengambilan biji ketumbar secara tetap akan mengawal kandungan gula dalam darah. Kajian yang telah diterbitkan di  British Journal Of Nutrition menyatakan bahawa ekstrak bijian ketumbar mengandungi agen antiglisemik dan merangsang penghasilan insulin dan seterusnya mengawal paras gula dalam darah.

3. Mengalak pertumbuhan rambut

Keguguran rambut berlaku akibat akat folikel rambut yang tidak sihat, ketidakseimbangan hormon dan stress. Selain daripada itu keguguran rambut juga berlaku akibat pemakanan yang tidak sihat. Biji ketumbar telah dikenalpasti dapat mencegah keguguran rambut dan penyuburan akar rambut untuk pertumbuhan rambut yang baru.

4. Membaiki sistem pencernaan

Biji ketumbar mempunyai kesan antioksidan dan serat pemakanan yang menyebabkan fungsi hati bekerja dengan baik dan mengalakkan pergerakan usus. Ia mengalakkan penghasilan bahan-bahan pencernaan untuk memperbaiki sistem tersebut. Selain serat, biji ketumbar juga mengandungi fosforus dan kalsium.

5. Mengawal kolestrol dalam darah

Kandungan kolesterol terutama kolesterol yang jahat amat dirisaukan semasa membuat pemeriksaan doktor. Biji ketumbar mengandungi bahan yang dinamakan Coriandrin  yang akan mengawal prosen penyerapan lipid, dan seterusnya akan menurunkan paras kolesterol dalam darah.

6. Merawat batuk dan selesema

Biji ketumbar mempunyai pelbagai jenis vitamin seperti asid folik, vitamin A, beta karotin dan vitamin C. Menurut kajian biji ketumbar mempunyai 30% kandungan vitamin C dalam pemakanan harinan. Ini akan mambantu merawat penyakit dmam selesema.

7. Mencegah haid yang tidak teratur

Wanita yang mengalami haid yang banyak dan tidak teratur perlu mempertimbangkan untuk mengambil bijian ketumbar sebagai pemakanan harian. Ketumbar mengandungi perangsang semulajidi yang merangsang endokrin untuk menghasilkan dan mengawal keseimbangan hormon. Ia akan mengurangkan kesakitan semasa haid dan mengurangkan penghasilan hormon yang berlebihan. Dengan itu ia mengawal kitaran haid supaya teratur.


No comments:

Post a Comment

7 khasiat biji ketumbar

 Berikut adalah 7 khasiat biji ketumbar. 1. Kecantikan kulit Berdasarkan kajian yang telah dilakukan di Universiti California, biniaj ketumb...