Ketumbar, atau dikenali sebagai Dhania di India adalah bijian yang digunakan di merata tempat sebagai penambah dalam makanan seperti kari, makanan snek, makanan panggang dan sebagainya. Biji ketumbar juga dikenali di Maxico dan Amerika Selatan. Di negara tersebut ketumbar digunakan sebagai salsa dan daun hijaunya ditambah pada makanan panggang. Dengan kata lain bukan sahaja biji dan serbuknya digunakan sebagai perisa tambahan kepada hidangan tertentu tetapi daun hijaunya juga dignakan untuk tujuan yang sama.
Ketumbar merupakan tumbuhan yang berbunga dari keluarga yang sama dengan pokok sup. Ia dikatakan berasal dari Eropah Selata, Afrika Utara dan Asia Timur. Ketumbar juga dipercayai antara tumbuhan yang di tanam di Taman Bergantung Bibilon. Ketumbar amat dikenali di kalangan Mesir Purba dan Greece. Ketumbar juga amat dikenali sebagai penambah perisa makanan di seluruh dunia.
Biji ketumbar berbentuk bulat dan bersaiz kecil. Bijinya berwarna sedikit cokelat dan berongga. Di dalam rongga biji ketumbar ini terdapat minyak yang akan menimbulkan rasa unuk bila dicampur dengan makanan. Biji ketumbat dituai bila pokoknya sudah agak kering dan daunnya mula gugur. Biji yang belum matang agak pucat dan rasanya agak pahit. Selain daripada penambah rasa kepada makanan, bijian ketumbar juga digunakan sebagai herba kerana mempunya kegunaan dalam perubatan tradisional.
No comments:
Post a Comment